Thursday, November 1, 2012

Kek Pisang Marble Coklat Kukus

 


Assalammualaikum dan selamat petang semua,
hari ni balik je dari lab terus masuk dapur untuk tunaikan permintaan ibu, nk makan lagi kek pisang..pulaknye td balikje ibu da siap kupaskan da pisang, so saya tinggal bancuh tepung n kukus je..
terase ayu sangat memasak dengan berbaju kurung kat dapur je,
*ala-ala pencarian gadis melayu *
biasenye saya buat gune resepi zati,tapi kali ni nk pelbagaikan rasa,jadi letak marble coklat sikit, then tambah susu, bagi lemak berkrim disukai ramai..
nanti ade masa korang ley la cuba ya, sedap dan gebu je kek ni.

Kek Pisang Marble Kukus
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) –saya guna tepung kek
2 sudu kecil baking powder –xletak
1 sudu kecil soda bikarbonat –xletak
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan)
3/4 cawan gula
5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam (3/4 cawan)
1/2 cawan susu susu segar (2nd adunan gune susu cair pulak, susu segar da abes diminum) beberapa titik esen vanila
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat)

Cara-caranya
1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu soya, kacau sebati.
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.
4. Panaskan kukusan, pastikan acuan silicon di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, sendukkan adunan apam pisang coklat berselang seli dengan adunan asal dan pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana.

Selamat Mengukus. : )

kek pisang marble kukus ku : )


keratan rentas kek pisang marble , jemput makan semua


*Sekarang tengah tunggu kek siap
**ELok je kek siap, azan pun berkumandang, bole la buat untuk berbuka sekali Smile

1 comment:

Nur Izzati Jamahir said...

waaa... mak zati pernah buat yang campur2 ni... yana memang daeebaakk bab mencuba-cuba ni~~